45 polis Iraq terbunuh serangan berani mati IS

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

45 polis Iraq terbunuh serangan berani mati IS
6/1/2015 1:20:21 PM

45 polis Iraq terbunuh serangan berani mati IS

SEKURANG-KURANGNYA 45 pegawai polis Iraq terbunuh dalam satu serangan militan kumpulan Negara Islam (IS) di wilayah Anbar.

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 45 pegawai polis Iraq terbunuh dalam satu serangan militan kumpulan Negara Islam (IS) di wilayah Anbar.

Mengikut pihak berkuasa keselamatan, pengebom bunuh diri membawa tiga SUV Humvee yang dirampas IS sebelum ini, merempuh ibu pejabat Batalion Ketiga Polis Iraq di Tharthar yang terletak berhampiran sebatang jalan menghubungkan Falluja dan Samarra.

Serangan itu menyebabkan letupan kuat di depot peluru dalam pangkalan itu.

Sumber dipetik BBC berkata, pegawai berpangkat tinggi antara yang terkorban dalam serangan itu.

Anbar kini menjadi medan pertempuran sengit antara tentera kerajaan dan IS sejak beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, militia Shia yang disokong Iran mempertingkatkan serangan untuk menawan kembali ibu negeri Anbar, Ramadi yang ditawan IS bulan lalu. – Agensi

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "45 polis Iraq terbunuh serangan berani mati IS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info