Syor Jambatan Victoria diisytihar Warisan Negara

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Syor Jambatan Victoria diisytihar Warisan Negara
5/31/2015 10:26:00 AM

Syor Jambatan Victoria diisytihar Warisan Negara

SEORANG pelajar bergambar di jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada 1897 dan dirasmikan oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada 1900. – Foto BERNAMA

KUALA KANGSAR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam proses memohon kepada kerajaan Perak untuk menjadikan Jambatan Victoria di sini, diisytihar sebagai Warisan Negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata usaha itu dilakukan bertujuan untuk memastikan jambatan berkenaan diberi penjagaan sewajarnya selain bagi mengekalkan nilai warisannya.

"Apabila telah diisytiharkan sebagai Warisan Negara, hak penjagaan jambatan itu akan diberikan kepada Jabatan Warisan Negara…ini untuk kepentingan generasi akan datang.

"Dengan cara itu, kita dapat memastikan tiada pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ke-115 tahun jambatan berkenaan di sini, hari ini.

Mohamed Nazri berkata, proses permohonan berhubung cadangan itu telah dikemukakan kepada kerajaan Perak untuk dipertimbangkan.

"Apabila kerajaan negeri sudah beri kelulusan, kita boleh isytihar dalam masa terdekat. Kita akan ikut proses," katanya.

Jambatan Victoria yang dikenali sebagai Jambatan Enggor yang terletak di Enggor di sini adalah antara jambatan kereta api tertua di Malaysia.

Jambatan itu mula dibina pada 1897 dan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan dan dirasmikan oleh Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah 1 pada 1900.

Pembinaan jambatan itu adalah laluan kereta api dari Enggor ke Kuala Kangsar, namun pada 1910 jambatan itu telah digunakan sepenuhnya untuk laluan kereta api dari Seberang Perai, Pulau Pinang ke Johor Baharu.

Jambatan berkenaan kekal digunakan sehingga 2002 apabila jambatan baharu dibina bagi menggantikan laluan kereta api.

Sementara itu, mengulas mengenai kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dan pelarian etnik Rohingya dari Myanmar di Langkawi, Kedah baru-baru ini, Mohamed Nazri berkata ia tidak menjejaskan aktiviti pelancongan di negara ini.

"Dalam perkara ini, asalkan kerajaan berurusan mengikut kehendak PBB (Pertubuhan Bangsa Bersatu), saya fikir ia tidak akan menjejaskan pelancongan.

"Setakat ini, kita bertanggungjawab dengan membenarkan mereka mendarat…ambil mereka untuk sementara sahaja, sebelum penempatan tetap diputuskan," katanya.

Sejumlah 1,158 pelarian Rohingya dan pendatang Bangladesh, dilaporkan ditahan selepas bot mereka mendarat di Langkawi pada 11 Mei lepas.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Syor Jambatan Victoria diisytihar Warisan Negara"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info