SOTONG GERGASI YANG TERDAMPAR DIPANTAI MENJADI MISTERI
Seekor sotong gergasi dijumpai terdampar di persisiran sebuah pantai di South Island, New Zealand, mengejutkan orang ramai dan juga para saintis di Kaikoura Marine Centre and Aquarium yang telah mengutipnya untuk tujuan kajian.
Badan sotong tersebut; yang juga dikenali sebagai mantel; berukuran sepangjang enam kaki, dan sesungutnya yang paling panjang berukuran hampir 16.5 kaki menjadikan ukuran keseluruhan haiwan tersebut hampir 23 kaki.
Menurut laporan dari ABC News, setiap mata sotong betina itu mempunyai kelebaran sebanyak 3.15 inci.
Sotong berkenaan kini dibekukan dan dipamerkan di Kaikoura Marine Centre and Aquarium sambil menunggu nasibnya selepas ini. Beberapa sampel akan dihantar ke Universiti Auckland dan Otaga di New Zealand untuk kajian
0 Komentar untuk "SOTONG GERGASI YANG TERDAMPAR DIPANTAI MENJADI MISTERI"