MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Polis Cari Pengarah Syarikat Berhubung Kes Pinjaman RM5.7j
5/29/2015 3:36:15 AM

PUTRAJAYA – Polis sedang mengesan seorang pengarah syarikat Rossington Consolidated Sdn Bhd (RCSB) bagi membantu siasatan berhubung kes surat sokongan palsu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang digunakan untuk membuat pinjaman RM5.7 juta daripada CIMB Bank.
Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt Mak Pak Chuai berkata pihaknya menerima laporan daripada wakil KPM pada 16 Ogos tahun lepas yang mendakwa tandatangan bekas Ketua Setiausaha KPM Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dipalsukan di atas dokumen 'Letter of Consent' yang digunakan untuk membuat pinjaman itu.
Hasil siasatan polis mendapati syarikat terbabit berjaya memperoleh pinjaman tersebut, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mak mengikut perjanjian antara CIMB dan RCSB, semua pembayaran kerja kontrak oleh KPM akan dibayar kepada 'Akaun Escrow' yang diwujudkan di atas persetujuan pengarah-pengarah syarikat itu dan CIMB.
Katanya pemalsuan itu menyebabkan CIMB Bank mengalami kerugian sebanyak RM5.7 juta.
Menurutnya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Balwant Singh di Bahagian Siasatan jenayah Komersial IPD Putrajaya di talian 03-88862044 atau 012-2889007. – BERNAMA
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Polis Cari Pengarah Syarikat Berhubung Kes Pinjaman RM5.7j"