Pemain piano hebat, Tengku Irfan kembali ke DFP bulan depan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Pemain piano hebat, Tengku Irfan kembali ke DFP bulan depan
5/25/2015 11:19:08 PM

Pemain piano hebat, Tengku Irfan kembali ke DFP bulan depan
zaidim@bharian.com.my

Tengku Irfan, pemain piano cilik.

KUALA LUMPUR: Pemain piano Malaysia yang berbakat luar biasa, Tengku Irfan kembali pentas Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), bulan depan ini menerusi siri konsert bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dan Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (MPYO).

Tengku Irfan pernah memukau penonton melalui persembahan sulungnya bersama MPO pada tahun 2009 selain pernah menempa kejayaan di persada muzik antarabangsa. Dia pernah menjuarai pertandingan Aspen Prokofiev Piano Concerto No.2 (2013) dan ASCAP Charlotte Bergen Award (2012), dan kerjasama dengan orkestra seperti Singapore Symphony, Sao Paulo State Youth Orchestra, Thailand Philharmonic, Juilliard Orchestra, Estonian National Symphony dan Aspen Contemporary Ensemble.

Tengku Irfan juga pernah berkongsi pentas dengan tokoh dunia muzik klasikal seperti Sydney Hodkinson, Neeme Järvi, Nikolai Alexeev, Evan Rogister, Claudio Cruz dan Darrell Ang. Jun ini menyaksikan kerjasama ketujuh Tengku Irfan bersama MPO setelah kejayaan kolaborasi mereka di pentas DFP pada tahun 2009, 2011 (dua kali) dan 2013.

Dia juga sudah membuat lawatan persembahan bersama MPO ke Ho Chi Minh dan Hanoi pada tahun 2013. MPO mempersembahkan buat kali pertama karya ciptaan beliau, Sahibul Hikayat Fantasy Overture di DFP sebelum ia memenangi anugerah ASCAP Morton Gould Young Composer pada tahun 2014.

Karya beliau yang bertajuk Keraian pernah dipersembahkan buat kali pertama oleh New York Philharmonic manakala karya yang bertajuk Tragedi Dewi Suria turut dipersembahkan buat kali pertama oleh New York Virtuoso Singers.

Kini, remaja berusia 16 tahun ini adalah pelajar di Juilliard Pre-College dalam dua pengkhususan; Piano dan Komposisi di bawah bimbingan Yoheved Kaplinsky dan Ira Taxin.

Tengku Irfan bakal membuat persembahan bersama MPO dalam program Beethoven yang bertemakan The Immortal Ninth pada Jumaat 5 Jun dan Sabtu 6 Jun jam 8.30 malam.

Mereka akan berkolaborasi dengan Emma Bell (soprano), Karen Cargill (mezzo soprano), Steve Davislim (tenor), Andrew Foster-Williams (bass baritone), Daniela Pacurar (soprano) dan Ovidius Siclovan (tenor).

Tengku Irfan seterusnya akan membuat persembahan bersama MPYO pada Jumaat, 12 Jun jam 8.30 malam. Bertemakan Choral Fantasy, konsert satu malam ini bakal mempersembahkan karya-karya klasikal ciptaan Brahms, Mendelssohn dan Beethoven.

Semua konsert bakal dipimpin oleh Nicolae Moldoveanu dan menampilkan Transylvania State Philharmonic Choir. Untuk tempahan tiket siri persembahan ini boleh hubungi talian 03-23317007 atau faks 03-23317077 atau layari www.mpo.com.my.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pemain piano hebat, Tengku Irfan kembali ke DFP bulan depan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info