KUALA LUMPUR: Sejak Ops Warta dimulakan pada Selasa lepas, seramai 283 individu akan dituduh di mahkamah dan 553 individu lagi akan diberi jaminan.
Memetik rekod Cawangan Trafik Bukit Aman, ini menjadikan jumlah keseluruhan pesalah trafik yang gagal menyelesaikan waran tangkap dan saman adalah sebanyak 836.
Selangor merekodkan negeri tertinggi pesalah trafik yang ditahan iaitu seramai 225. Kedua tertinggi adalah 110 orang diikuti dengan Kedah 105 orang.
Manakala seramai 3,827 individu di seluruh negara bertindak menyerah diri ketika Ops Warta berlangsung.
Melalui Ops Warta, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas mengesan individu yang sehingga kini gagal menyelesaikan waran tangkap dan saman trafik. -Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Ops Warta: 283 Individu Dituduh, Selangor Paling Ramai Pesalah Trafik"