Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Nahas rentung LPT2: Mangsa kelima meninggal petang tadi
5/25/2015 8:51:49 AM
KUALA TERENGGANU: Seorang mangsa yang parah dalam kemalangan meragut empat nyawa di Kilometer 386.6, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), dekat Ajil, semalam meninggal dunia di Hospital Sultanah Nir Zahirah, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman yang mengesahkan kematian Hafshah Wangai, 56, berkata pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia pada jam 4.10 petang tadi.
Hafshah yang kritikal berikutan kecederaan parah di kepala dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu, sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Dalam nahas itu kira-kira jam 4.30 petang semalam, empat ahli keluarga terbabit iaitu pemandu kereta, Ahmad Razi Harun, 53, menantunya Dayana Suhana, 23, Ummar Rayyan Suhaimi (anak saudara), 6, dan Nur Damia Irdiha Rosailan (cucu), setahun, rentung.
Hafshah yang juga kakak ipar pemandu cedera parah manakala adiknya, Sharifah Wangai, 49, cedera ringan dalam kejadian semalam.
KEMALANGAN yang meragut empat nyawa di Kilometer 386.6, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), dekat Ajil, semalam. – Foto BERNAMA
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Nahas rentung LPT2: Mangsa kelima meninggal petang tadi"