Makmal digeledah, dadah RM10j dirampas

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Makmal digeledah, dadah RM10j dirampas
5/25/2015 10:25:43 AM

Makmal digeledah, dadah RM10j dirampas

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif (empat dari kiri) menunjukkan barang rampasan termasuk peralatan membuat dadah syabu serta pil ectasy yang dipamerkan dalam sidang media oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, Kuala Lumpur. – Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah dan merampas bahan haram itu bernilai kira-kira RM10 juta dalam tujuh serbuan di empat lokasi di Lembah Klang pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Lapan orang disyaki anggota sindiket dadah terdiri daripada lima rakyat tempatan termasuk seorang wanita, dua lelaki warga Sri Lanka dan seorang lelaki warga India, berumur antara 29 dan 43 tahun, ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, kejayaan itu hasil daripada risikan dan siasatan rapi pasukannya bersama Pasukan Khas Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING).

Mereka melakukan tujuh serbuan membabitkan empat lokasi meliputi Wangsa Maju, Damansara, Seri Kembangan dan Sepang mulai 22 Mei (Jumaat) jam 11.20 pagi hingga 23 Mei (Sabtu) jam 5.30 petang.

"Hasil serbuan itu, polis membongkar sebuah rumah yang dijadikan makmal haram memproses dadah sintetik dan stor penyimpanan bahan kimia di Sepang dan menahan dua lelaki warga tempatan.

"Jumlah keseluruhan dadah dirampas sebanyak 40.36 kilogram (kg) iaitu disyaki syabu 34.76kg, pil ekstasi (5.6kg) dan sejumlah bahan kimia dan peralatan memproses dadah, yang kesemuanya bernilai RM10 juta," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut disita sebuah kenderaan BMW 3 Series dianggar bernilai RM40,000, wang tunai RM100,550 dan barang kemas bernilai kira-kira RM55,000.

Polis tidak menolak kemungkinan ada ahli kimia terbabit bagi mengajar ahli sindiket cara memproses dadah bagi pasaran tempatan dan Indonesia.

Semua suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga Jumaat ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan berkaitan, bagi rampasan dadah dari Januari sehingga 21 Mei tahun ini, Mohd Mokhtar berkata keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM95.6 juta iaitu syabu (506kg), ketamin (29.4kg), pil ekstasi (352,871 biji), pil yaba (128,355 biji) dan pil Eramin 5 (1,504,765 biji).

"Sementara jumlah tangkapan dalam tempoh sama sebanyak 71,648 orang dengan sejumlah 24,256 yang terlibat dalam membekal dan memiliki dadah dan 47,392 orang positif dadah," katanya. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Makmal digeledah, dadah RM10j dirampas"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info