Siakap Keli News |
KJ Calon Terbaik Ganti Najib, Tapi Bukan Sekarang - Bekas Menteri
5/30/2015 9:32:00 AM
SHAH ALAM – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau KJ adalah calon terbaik bagi menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Namun, Zainuddin turut berkata jalan yang akan ditempuhi oleh KJ bukan mudah kerana UMNO akan mencaras KJ dan mungkin KJ akan menjadi Perdana Menteri di lewat usianya.
"Kalau kita bandingkan semua pimpinan yang ada. Pemimpin yang terbaik layak mengganti Najib adalah Khairy.
"… dia calon yang layak, berkarisma, dia juga boleh bertutur dengan baik sama ada dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Zainuddin berkata demikian ketika mengulas siapakah yang paling layak untuk menggantikan Najib.
Zainuddin juga berkata, antara faktor yang menjadikan KJ calon yang layak adalah popularitinya dalam golongan muda-mudi dan juga kebolehannya untuk mendapatkan semula sokongan rakyat terhadap BN.
"Dia semakin cerdik dan semakin mengimbangi politiknya. Dia juga tidak menampakkan bahawa dia menerima sepenuhnya pengisian dalam 1MDB dan dia juga banyak berusaha meyakinkan rakyat terhadap apa yang bakal dilakukan oleh kerajaan.
"Kalau kita bagi beliau peluang, sekarang juga dia boleh dapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan dari pelbagai kaum, bangsa, agama dan umur. Tetapi, tetapi tak boleh! Dia tidak akan mendapat tempat sepantas yang kita kehendaki. Dia hanya akan menjadi Perdana Menteri di hari tua," katanya lagi. - Siakapkeli.my
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "KJ Calon Terbaik Ganti Najib, Tapi Bukan Sekarang - Bekas Menteri"