Kerajaan Indonesia bertanggungjawab penggantungan FIFA

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Kerajaan Indonesia bertanggungjawab penggantungan FIFA
5/31/2015 5:11:46 AM

Kerajaan Indonesia bertanggungjawab penggantungan FIFA

JAKARTA: Kerajaan Indonesia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggantungan FIFA ke atas Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) sambil menyifatkan pembaikan berterusan akan dijalankan.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung PSSI disebabkan campur tangan kerajaan dalam urusan liga bola sepak domestik negara terbabit, semalam.

Kerajaan Indonesia sebelum ini 'mengambil alih' segala aktiviti membabitkan bola sepak di negara itu selepas menggantung saingan Liga Super Indonesia (ISL) disebabkan pertelingkahan membabitkan pasukan bertanding.

Penggantungan juga bermakna Indonesia tidak layak untuk beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 yang bermula 11 Jun ini kecuali jika mereka memenuhi segala syarat-syarat yang ditentukan FIFA.

Begitupun, FIFA membenarkan pasukan bawah 23 tahun negara itu untuk meneruskan saingan di Sukan SEA Singapura kerana temasya terbabit sudah pun bermula.

"Kerajaan berhasrat untuk memikul tanggungjawab terhadap penggantungan dan meneruskan pembaharuan dalam pengurusan bola sepak Indonesia yang diharapkan akan membolehkan negara ini untuk mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa sekali lagi," kata Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi.

"Kami perlu menghormati Statut FIFA, namun ia adalah pengalaman yang pahit dan pengajaran untuk kita semua dan…. kerajaan tidak akan mengabaikan beberapa langkah strategik perlu diambil sebagai akibat daripada sekatan ini.

PSSI dan badan di bawah kerajaan, Agensi Sukan Profesional Indonesia (BOPI) bertelagah dengan penyertaan dua kelab, Persebaya Surabaya dan Arema Indonesia dalam ISL.

BOPI mahu kedua-dua kelab ini dihalang daripada beraksi namun ditolak PSSI sehingga memaksa campur tangan kerajaan yang membatalkan saingan ISL musim ini seterusnya menggantung badan induk itu yang membawa kepada sekatan oleh FIFA.

Indonesia dijadualkan bertemu Taiwan pada 11 Jun ini dan Iraq lima hari kemudian dalam perlawanan kelayakan untuk ke Piala Dunia 2018 dan juga Piala Asia 2019. – Reuters

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kerajaan Indonesia bertanggungjawab penggantungan FIFA"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info