KUALA LUMPUR: Kehilangan penyanyi Anita Sarawak mencetuskan misteri di kalangan ahli keluarganya, apatah lagi kali terakhir penyanyi terkenal itu dapat dihubungi adalah pada Mac lalu.
Adiknya, Noorkumalasari Mohd Taib memberitahu seluruh ahli keluarganya bimbang dengan keadaan kakaknya, malah cubaan mereka untuk menghubungi Anita juga gagal sehingga kini.
Apa yang lebih menyedihkan buat Noorkumalasari, rutin Anita yang akan menghubunginya setiap kali hari jadi pada setiap April juga ternyata tinggal harapan pada tahun ini.
“Saya akui bimbang tetapi saya berharap dan berdoa agar dia berada dalam keadaan sihat dan baik. Mungkin dia sibuk melancong atau menguruskan perkara lain.
“Itu 40 peratus yang saya rasakan. 60 peratus lagi jujur saya katakan ada terdetik perasaan mungkin dia sedang sakit kerana ini kali pertama kami tidak bercakap dalam masa yang begitu lama.
“Kawan baik dia juga gagal menjejaki Anita walaupun telah mengunjungi rumahnya di Amerika Syarikat,” jelas Noorkumalasari,” kata Noorkumalasari memetik Astro Awani.
Anita mula menyepikan diri sejak 2013 apabila timbul dakwaan beliau telah bercerai dengan suaminya, Mohamad Mahathir Abdullah.
Dikatakan Anita membawa diri ke Las Vegas dan kini berhijab.
“Dari pengetahuan saya, khabar angin itu tak betul. Atas sebab itulah saya menghubunginya agar dia boleh perjelaskan perkara sebenarnya.
“Nak kata dia takut saya bertanya akan hal itu, mustahil. Ini kerana kami adik beradik dan kami sangat rapat, kami saling nasihat-menasihati sekiranya ada masalah,” ujar Noorkumalasari lagi. -Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Gagal Dikesan, Anita Sarawak Bawa Diri Kemana?"