Dron perlu kelulusan DCA sebelum diterbangkan – Liow

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Dron perlu kelulusan DCA sebelum diterbangkan – Liow
5/31/2015 6:42:19 AM

Dron perlu kelulusan DCA sebelum diterbangkan – Liow

IDRIS (tengah) bersama Liow (tiga dari kanan) diiringi Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri merangkap ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman (tiga dari kiri) melawat tapak pameran sempena Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai 2015 di Aerodrome, kampung Tasek, Sungai Rambai, Jasin. – Foto Rasul Azli Samad

JASIN: Semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum ia diterbangkan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kelulusan itu penting bagi memastikan penggunaan dron atau UAV di negara ini terkawal dan tidak menjejaskan penerbangan pesawat di ruang udara negara terutamanya di kawasan lapangan terbang.

Sehubungan itu, beliau berkata DCA akan membuat kajian menyeluruh berhubung perkara itu dan melaksanakan penguatkuasaan pendaftaran untuk penggunaan dron atau UAV dengan secepat mungkin.

"Pada masa ini beberapa siri penerangan dan dialog giat dijalankan di peringkat negeri sebelum kita mengeluarkan sebarang peraturan keselamatan yang baharu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis perasmian Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai 2015 yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan disertai 184 pesawat persendirian di Aerodrome Sungai Rambai di sini.

Liow berkata pemilik dan peminat pesawat persendirian diingatkan agar sentiasa peka dan mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh DCA bagi menjamin keselamatan ruang udara negara.

Sementara itu, beliau berkata landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini, akan ditambah kira-kira 400 meter bagi memudahkan pendaratan pesawat komersial. Liow, bagaimanapun berkata kerja menaik taraf landasan berkenaan masih di peringkat perbincangan kerana ia membabitkan pengambilan tanah penduduk di kawasan tersebut. "Usaha ini diharap dapat menarik lebih banyak pesawat komersial untuk mendarat di situ kerana saya difahamkan lima lagi syarikat penerbangan berminat untuk melakukan penerbangan di lapangan terbang berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Liow berkata LTAM adalah antara lapangan terbang penting bagi industri pelancongan serta ekonomi Melaka dan dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi KLIA dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. Sementara itu, katanya Kementerian Pengangkutan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.6 juta bagi meningkatkan kemudahan di Aerodrome Sungai Rambai, khususnya memasang lampu bagi membolehkan penerbangan pada waktu malam. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dron perlu kelulusan DCA sebelum diterbangkan – Liow"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info