Viral di laman sosial sekarang adalah notis larangan bercinta sesama rakan sekerja yang dipercayai dikeluarkan oleh sebuah rangkaian syarikat menjual alatan serbaguna, Eco-Shop.
Jika diteliti notis berkenaan masih lagi baru, iaitu bertarikh 20 Mei 2015.
Kandungan notis larangan itu merujuk kepada hubungan sesama pekerja yang masih bujang dan sudah berkahwin, malah turut ditujukan kepada mereka yang berstatus balu, duda dan janda.
Larangan itu juga kelihatan 'tegas' apabila turut menyatakan tindakan disiplin akan diambil kepada mereka yang melanggar arahan tersebut.
Rata-rata pelayar media sosial juga memberikan pelbagai respon dengan penyebaran notis berkenaan. -Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Biar Betul Tak Boleh Bercinta Dengan Rakan Sekerja?"