Siakap Keli News |
Alif Satar Kini Bergelar Ayah
5/31/2015 3:28:00 AM
PETALING JAYA: Pengacara dan penyanyi, Alif Satar hari ini secara rasminya bergelar seorang ayah setelah menyambut kelahiran puteri sulungnya kira-kira jam 9.28 pagi tadi.
Isteri Alif Satar, Shadila Halid, 31, melahirkan anak perempuan seberat 3.24 kg secara normal di Pantai Hospital Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan amat teruja kerana saya sendiri yang menyambut kelahiran puteri sulung saya dan memotong tali pusatnya.
"Semua berjalan dengan lancar, syukur kerana isteri saya selamat melahirkan puteri sulung kami ini," katanya memetik laporan dari mStar Online.
Alif dan isteri menamakan anak sulung mereka Alisha Anugerah yang bermaksud dilindungi oleh Tuhan.
Pasangan tersebut mengikat tali perkahwinan pada 15 September tahun lepas. - Siakapkeli.my
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Alif Satar Kini Bergelar Ayah"