MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
12,133 Pesalah Trafik Serah Diri Di Seluruh Negara Dalam Ops Warta
5/29/2015 3:50:50 AM

KUALA LUMPUR – Sejumlah 12,133 pesalah trafik telah menyerah diri di seluruh negara dalam Ops Warta yang masih berjalan dan memasuki hari ke-11 hari ini.
Menurut laporan trafik Bukit Aman, Johor berada di senarai teratas sebanyak 2,889 orang, diikuti Selangor (2,443), Pulau Pinang (1,012) dan Perak (976).
Sehingga hari ini, sejumlah 2,474 pesalah ditahan kerana gagal menyelesaikan waran tangkap mereka di seluruh negara.
Mereka terdiri daripada 729 individu yang akan didakwa dan 1,745 yang telah dikat jamin.
"Ops Warta" bermula pada 19 Mei lepas dalam usaha untuk menjejaki pesalah trafik yang telah dikeluarkan waran tangkap. – BERNAMA
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "12,133 Pesalah Trafik Serah Diri Di Seluruh Negara Dalam Ops Warta"