Saya Sepatutnya Terus Jadi Perdana Menteri - Tun Mahathir



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat kebelakangan ini lantang mengkritik kepimpinan Dato Sri Najib telah menyatakan kekesalannya melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Beliau menyatakan demikian kerana sedih melihat keadaan negara yang dikatakannya semakin buruk selepas diambil alih oleh Perdana Menteri lain.

"Kadang-kadang saya rasa saya patut terus jadi Per?dana Menteri,"

Memetik Sinar Harian, beliau berkata walaupun sedar diri sudah tidak layak memegang jawatan tersebut, idea tersebut timbul sesekali apabila melihat keadaan negara yang semakin buruk.

"Kadang-kadang saya terfikirkan hal itu saat saya kecewa melihat banyak perkara yang tidak betul sekarang, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk merubahnya.

“Pada masa itu saya akan terfikir, kalaulah saya masih Perdana Menteri, tentu saya akan buat sesuatu,"katanya dalam program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.

Dalam pada masa yang sama beliau turut mengingatkan rakyat supaya tidak menyokong mana-mana pemimpin yang korup.

“Kuasa menjadikan kita korup. Tetapi kalau kuasa itu tidak terhad..., kita akan jadi lebih korup daripada yang lain. Sebab itu apabila kita mempunyai kuasa, kita perlu selalu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa sedar diri.

“Mak saya selalu berpesan, jangan kita ambil (hak) orang punya. Ini menjadi panduan kepada saya sampai ke hari ini. Kita ambil hak orang lain. Kita fikir orang tidak akan tahu.. Tetapi kita lupa, ALLAH tahu,” katanya sambil disambut dengan tepukan orang ramai. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Saya Sepatutnya Terus Jadi Perdana Menteri - Tun Mahathir"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info