Peniaga Naikkan Harga Barang Pro Pembangkang - Ahmad Maslan


Peniaga Pro Pembangkang



Ahmad Maslan Tuduh Peniaga Pro Pembangkang Naikkan Harga Barang | NAMPAKNYA dimaki hamun dan diberi jolokan ‘menteri bodoh’ oleh orang ramai akibat mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh terutama berkenaan GST tidak pernah menginsafkan Ahmad Maslan.



Sebaliknya beliau yang juga Ketua Penerangan Umno ini? nampaknya semakin ghairah mengeluarkan lebih banyak kenyataan bodoh yang pastinya membuatkan rakyat terutama pengguna media sosial hilang sabar, lantas menghamburkan pelbagai kutukan kepada beliau.



Terbaru, gara-gara mahu menegakkan benang basah apabila teori bodohnya yang mendakwa harga barang turun bila GST dilaksanakan hanyalah cerita dongeng, Ahmad Maslan cuba mencari pihak tertentu untuk dituduh dan dipersalahkan sebagai penyebab kenaikan harga barang di Malaysia.



Melalui akaun twitter miliknya, untuk menutup kelemahan cukai rakus GST, beliau menuduh peniaga pro pembangkang sebagai penyebab kenaikan harga barang.



Seperti biasa, kenyataan itu dihujani kutukan, perli dan maki hamun para pengguna twitter yang memberikan respon secara terus kepada akaun twitter ?milik Ahmad Maslan lapor Milo Suam.



Baca komen netizen berkenaan kenyataan kontroversi Ahmad Maslan:



Peniaga Pro Pembangkang
0 Komentar untuk "Peniaga Naikkan Harga Barang Pro Pembangkang - Ahmad Maslan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info