Operasi Cari Bahan Bukti Nahas Helikopter Dihentikan


SEMENYIH: Polis pada Rabu menghentikan operasi mencari bahan bukti nahas helikopter AS365N2 Dauphin (9M-1GB) di Kampung Sungai Pening di sini yang mengorbankan enam mangsa termasuk individu kenamaan.

Operasi selama lima hari itu dihentikan selepas pasukan penyiasat menemui lima bahan bukti yang diyakini dapat membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, lima bahan bukti tersebut adalah serpihan badan kabin, aci pemacu, panel pintu , peredam pintu , dan end blade.

"Kami telah menghentikan operasi ini dan berpuas hati dengan bahan bahan bukti yang dijumpai. Kami percaya ia dapat membantu dalam siasatan.

"Pasukan penyiasat turut menemui tulang manusia dan akan dihantar ke unit penyiasatan untuk mengenalpasti DNA mangsa, " katanya

Tambah Abdul Samah, kawasan pencarian telah diperluaskan dari 200 meter pada hari pertama ke 500 meter pada hari hari berikutnya.

Dalam nahas yang berlaku pada Sabtu itu, telah mengorbankan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis; Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias; pemilik Syarikat SP Baiduri Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seang; juruterbang Kapten Clifford William Fournier; Aidana Baizieva (rakan juruterbang) dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.

0 Komentar untuk "Operasi Cari Bahan Bukti Nahas Helikopter Dihentikan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info