Lelaki Ditemui Mati Selepas Bersetubuh Dengan 'Kekasih' | Buenos Aires: Seorang lelaki yang kesunyian ditemui mati dalam keadaan berpelukan dengan satu patung jerami atau orang-orangan berbentuk wanita di rumahnya baru-baru ini.
Mayat Jose Alberto, 58, ditemui di kediamannya di San Jose de Balcare, Argentina timur selepas jirannya mengadu terhidu bau busuk dari rumahnya.
Polis yang memecah masuk rumah Alberto menemui mayat lelaki berkenaan yang sudah mereput bersebelahan ‘kekasihnya’ itu.
Jurucakap polis, Rodolfo Moure berkata, orang-orangan itu diperbuat daripada jerami dan dipakaikan dengan baju wanita lengkap dengan rambut palsu serta memakai gincu.
“Pada mulanya kami menyangka ada dua mayat di dalam rumah itu, tetapi ia hanyalah orang-orangan.
“Alberto dipercayai meninggal dunia hampir seminggu sebelum mayatnya ditemui.
“Kami juga percaya lelaki itu turut membuat hubungan seks dengan orang-orangan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, polis menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.
Sementara itu, seorang jiran Alberto memberitahu bahawa, lelaki itu tidak berkahwin dan hidup berseorangan di dalam rumah berkenaan.
“Alberto tinggal di rumah ini seorang diri dan dia juga tidak mempunyai telefon kerana tiada sesiapa yang dia mahu hubungi.
“Sangat menyedihkan kerana selama ini dia hanya ditemani oleh orang-orangan di rumahnya,” jelasnya. - Agensi
0 Komentar untuk "Maut Selepas Bersetubuh Dengan 'Kekasih'"