Luahan Menyentuh Hati Norman Hakim Buat Memey


Mereka pernah dilanda kontroversi dan dihina oleh masyarakat, namun semua itu dihapadi dengan tenang dan akhirnya Norman Hakim dan Memey Suhaiza  di limpahi dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan dalam berumah tangga.



Baru sahaja di kurniakan cahaya mata kedua bersama Memey pada hari Rabu lalu, Norman nyata merasa syukur dengan amanah yang diberikan oleh Allah dan menghargai pengorbanan isterinya melahirkan zuriat.


Dalam satu status Norman di laman Instagram, beliau telah memberikan penghargaan yang cukup indah buat Memey.  Berikut adalah ucapan beliau:-



Maha Kuasa Allah dicipta ‘suatu kekuatan’ yang sangat hebat buat kaum HAWA dalam situasi yang kaum ADAM tak pernah dapat rasa dan bayangkan! Seminggu sebelum tarikh 8/4/15,sayalah manusia yang paling tak keruan! Tidur malam tak lena asyik tersentak, mengadap muka dan perut isteri sepanjang malam risau bila la nak bersalin ni..sekarang ke?pagi nanti ke?TAPI wifey tetap relax.Bila dia terjaga dia tanya saya “kenapa payang”?Skrip jawapan saya tetap sama “dah sampai masa ke love?”


Allahuakbar Allah sahaja yang tahu rasanya,sehinggalah ke malam tadi barulah saya dapat tidur dengan lena..sangat nyenyak dan selena-lenanya.Tq Allah atas ujian rasa dan nikmat ini.Buat wifey @memeysuhaiza …abg antara saksi ‘perjuangan’ sayang yang sangat hebat dan getir malam tadi.Dalam hati abg, hanya ni skrip yang abang termampu masa sayang tengah berjuang tu… “Ya Allah,ampunkanlah segala dosa2 isteriku ini kepadaMu dan kepada ku Ya Allah.


Bagilah aku kongsi sikit rasa sakit ini Ya Allah.Aku takut sangat ni Ya Allah kalau aku hilang dia.Tolong aku Ya Allah”…dan alhamdulillah Allah dengar dan segalanya selamat…Aamiin YRA.Terima kasih Allah,terima kasih para malaikat,terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.Terima kasih…


 Memang siapa yang baca ucapan penghargaan Norman Hakim buat Memey ni  boleh menitis air mata jantan. Siapa yang mahu mempersoalkan mengapa dengan Abby Abadi dahulu beliau tidak sebegini, silalah move on from the past. Manusia boleh berubah, doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.


Sumber Berita: Instagram Norman Hakim

0 Komentar untuk "Luahan Menyentuh Hati Norman Hakim Buat Memey"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info