Izara Aishah Belum Bersedia Jadi Isteri Adib Khalid


Rasanya semua sudah tahu bahawa pelakon Izara Aishah sedang hangat bercinta dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid. Mereka sering hadir ke majlis-majlis bersama dan jelas tampak mesra. Sama cantik dan sama padan, ramai yang ingin tahu bilakah pasangan ini bakal disatukan di jinjang pelamin?



Buat Izara, beliau masih lagi belum bersedia untuk bernikah dengan Adib Khalid kerana ingin lebih berjaya dalam bidang lakonan. Tambahnya lagi, tempoh perkenalan selama satu tahun tidak cukup untuk beliau dan Adib benar-benar mengenali sikap masing-masing dengan lebih mendalam.



Walaupun hampir setahun mengenali dia (Adib), tapi sehingga kini saya belum fikir mahu berumah tangga. Banyak yang saya belum capai dalam kerjaya. Sebelum nak jadi isteri, saya nak berjaya dulu dalam bidang yang saya ceburi.


Alhamdulillah, hubungan kami baik. Saya masih lagi berkawan dengannya dan bolehlah saya katakan dialah teman lelaki paling rapat dalam hidup. Insya-Allah sampai masanya nanti saya akan berkongsi dengan semua tentang masa depan kami.



Kata orang kalau nak berkahwin tu biarlah kita kenal baik dan buruk pasangan kita, nanti kalau sudah berumah tangga tidaklah terkejut ataupun menyesal. Lebih baik seseorang perempuan itu mempunyai kerjayanya sendiri dan tidak bergantung kepada suami seratus peratus. Tak gitu?


Sumber Berita: Mangga Online

0 Komentar untuk "Izara Aishah Belum Bersedia Jadi Isteri Adib Khalid"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info