DUMRI ISRI: Ribuan penganut Hindu seluruh India telah berkunjung ke bandar kecil ini di negeri Jharkand, timur India, untuk melihat sendiri seorang bayi yang dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki. Mereka yakin bahawa bayi itu sebagai jelmaan Dewa Ganesha.
Dewa Ganesha merupakan salah satu dewa ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan dalam agama Hindu. Dewa Ganesha dijelmakan dalam susuk berkepala gajah dan bertangan empat.
Menurut doktor bayi tersebut adalah pasangan kembar siam yang tidak menjadi yang mempunyai masalah dalam pertumbuhan semasa di dalam kandungan.
Seorang pengunjung Kuntalesh Pandey yang datang melawat bayi ini memberitahu media tempatan, dia datang sejauh 115 kilometer untuk melihat bayi itu.
“Apabila saya menerima gambar bayi berkenaan daripada seorang rakan, saya tidak mempercayainya dan mungkin ia adalah muslihat photoshop. Tetapi apabila dia mengesahkan ia benar, saya terus datang,” katanya kepada Mirror.
Hingga kini, keadaan ibu dari bayi tersebut, Ureda Khatun, belum diketahui. Bayi itu bukan yang pertama dilahirkan demikian.
Tahun lalu, seorang budak yang lahir dengan ‘ekor’ sepanjang suku meter mengumumkan dia mahu menjalani pembedahan membuangnya, walaupun disembah sebagai Tuhan. - Siakapkeli.com.my
0 Komentar untuk "Bayi Jadi Tumpuan Penganut Hindu Selepas Dilahirkan Dengan Empat Tangan Dan Empat Kaki"