Zamarul Hisham Luah Rasa Rindu Pada Diana Rafar


Walaupun sudah bercerai  secara sah pada tanggal 15 Januari lalu, nampaknya kasih sayang masih lagi berputik di hati Zamarul Hisham apabila beliau baru-baru ini telah meluahkan rasa rindu terhadap bekas isterinya Diana Rafar menerusi laman Instagram.





Hujan hujan ni..tiba2 rindu pulak kat minah ni…@dianarafar lu buat apa beb.. Tak rindu gak ke? Ooppppss ini caption berani mati wooo.


Dalam satu kenyataan sebelum ini, Diana juga pernah memberitahu tidak menolak jika rezeki mereka untuk bersatu semula itu ada. Namun, beliau menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.


Bukan mudah untuk melupakan sebuah hubungan yang telah terbina bertahun lamanya. Kalau ada lagi rasa cinta dalam hati kedua-duanya sambunglah kembali ikatan yang putus tu.

0 Komentar untuk "Zamarul Hisham Luah Rasa Rindu Pada Diana Rafar"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info