Waspada Penularan H1N1 Di India


KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA: KEJADIAN WABAK INFLUENZA A (H1N1) DI INDIA DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN TERHADAP INFLUENZA BERMUSIM TERMASUK INFLUENZA A (H1N1)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kejadian wabak ‘swine flu’ atau influenza A (H1N1) yang dilaporkan berlaku di India pada masa ini. Merujuk kepada kenyataan oleh pihak Kementerian Kesihatan India, kes-kes yang dilaporkan pada masa ini adalah disahkan Influenza A (H1N1) iaitu virus jenis yang sama dengan pandemik H1N1 yang berlaku pada tahun 2009.

Seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ogos 2010, dunia kini berada di dalam fasa pasca pandemik (post pandemic) H1N1 di mana pihak WHO tidak lagi memantau jangkitan virus influenza H1N1 secara khusus. Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan, risiko untuk mendapat jangkitan dan komplikasi akibat influenza A (H1N1) adalah serupa dengan influenza bermusim (seasonal influenza) yang lain. Cara jangkitan virus influenza bermusim termasuk influenza A (H1N1) di dalam komuniti adalah secara sebaran melalui cecair (droplet) batuk atau bersin mereka yang dijangkiti.

Sebagai langkah–langkah kesiapsiagaan, KKM melakukan pemantauan situasi influenza di negara ini bagi mengesan kejadian luar biasa melalui Malaysian Influenza Surveillance System (MISS) termasuk Influenza-like Illness (ILI), pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan severe acute respiratory infection (sARI) dan juga pesakit dengan jangkitan saluran pernafasan yang teruk yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga bertanggungjawab bagi memantau jenis virus influenza di Malaysia.

0 Komentar untuk "Waspada Penularan H1N1 Di India"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info