Memang efisyen betul pengusaha kedai gunting rambut sekarang, siap kena ambil nombor lagi untuk menunggu giliran masing-masing.
Itulah yang dilakukan oleh sebuah kedai gunting rambut yang dipercayai beroperasi di Kelantan ini.
Mesti ramai pelanggan sehinggakan perlu wujudkan sistem angka giliran, maklumlah, bimbang nanti ada yang potong ‘barisan.’
Namun, sistem seperti ini bukanlah satu benda yang baru kerana penyanyi dan komposer, Joe Flizzow yang juga mengusahakan kedai gunting rambut Joe’s Barber ini turut menggunakan sistem nombor giliran.
Memang patut Joe aplikasikan sistem itu sebab kedai gunting rambutnya mendapat sambutan yang agak luar biasa dari pelanggan.
Malah ada rakan-rakan artis yang turut mengunjungi kedai rambut milik penyanyi Rap Malaysia itu. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Terbaik! Kedai Gunting Rambut Pakai Angka Giliran"