NAMPAKNYA kontroversi perihal riwayat ‘Roti Jala’ yang melibatkan dua figura disegani dalam hal ehwal agama semakin panas apabila sebuah blog yang dipercayai milik Dr. Fathul Bari ‘membelasah’ kembali Datuk Dr. Asri Zainul Abidin dalam ruangan blog Abu Aqif Studio.


Jika sebelum ini, Mufti Perlis yang juga dikenali sebagai Dr Maza ini telah mengemukakan bukti mengenai hadis-hadis palsu dalam ceramah agama Datuk Mohd. Kazim Elias menerusi laman Fecebooknya.


Kini, blog pro Dr. Fathul Bari pula tampil mendedahkan hadis yang pernah diseleweng oleh Dr. Maza dalam menghalalkan benda yang haram hingga menimbulkan pertikaian dan persoalan pelbagai pihak.


Apa yang paling mengejutkan, blog tersebut mendakwa Mufti Perlis sering menyeleweng dalam mengeluarkan dalil-dalil tertentu bagi menghalalkan tindakan diri sendiri dan rakan sepejuangan.


Untitled


Menerusi blog tersebut, antara dalil-dalil salah yang pernah dikemukakan Dr. Maza adalah:


- Guna hadith jiran untuk halalkan demonstrasi
- Guna istilah simbolik untuk halalkan Candle Light Vigil
- Guna dalil untuk halalkan kondem pemerintah secara terbuka
- Guna kias untuk halal babi
- Guna kias untuk halal arak
- Guna dalil akal untuk halal salam lelaki perempuan
- Guna “pandangan demokrasi” untuk hina Islam dan puji kafir dalam hanya masalah tak susun selipar
- Guna dalil akal untuk haramkan hukuman rejam
- Guna dalil hak rakyat untuk halal fitnah pemerintah
- Guna dalil hak rakyat utk dan menyamakan kerajaan dengan babi
- Seleweng ayat al-quran untuk mengecop ulama kerajaan yang tidak sependapat sebagai anjing


Sebenarnya, kami sendiri tidaklah begitu arif begitu dalam mengenai hal-hal agama sebegini untuk mengulas lebih lanjut hal seumpama ini.


Bagaimanapun, sebagai seorang Islam, tugas menegur yang salah dan silap itu sudah menjadi tanggungjawab semua Muslim, namun haruslah dengan cara yang baik agar tidak menyakitkan antara satu sama lain.


Bagi kami, masing-masing merupakan individu yang disegani dan dijadikan rujukan perihal agama, maka moleklah sekiranya berdamai dengan baik dan bukan menghentam satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC