Akibat putus cinta, seorang remaja 17 tahun maut selepas terjun dari tingkat 10 banggunan sekolahnya.


Mayat mangsa ditemui berlumuran darah di padang sekolah Sri Sentosa kra-kira jam 12 tengah hari, di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.


sekolah


Difahamkan, mangsa pada mulanya meminta izin untuk ke tandas namun masa yang diambil terlalu lama menyebabkan guru serta rakan pergi mencarinya.


Mereka kemudiannya menemui buku nota yang mengandungi ayat selamat tinggal yang ditulisnya kepada rakan dan guru.


Unit Forensik mengesahkan tiada unsur jenayah dan mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.


Menurut guru dan rakan-rakan, mangsa seorang pelajar yang ceria, berdisiplin dan tidak suka menimbulkan masalah di sekolah. MYNEWSHUB.CC