Pesawat AirAsia X Mendarat Cemas Di Melbourne


Sebuah pesawat AirAsia X dari Sydney ke Kuala Lumpur dilaporkan membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne selepas mengalami masalah teknikal.

Bagaimanapun, pesawat yang berlepas dari Sydney pada waktu tengahari itu dilaporkan telah selamat mendarat di Melbourne pada jam 2 petang waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Menurut Jurucakap Perkhidmatan Udara Australia, juruterbang pesawat berkenaan membuat keputusan untuk mendaratkan pesawat XAX223 itu sebagai langkah berjaga-jaga.

ABC Online pula melaporkan bahawa pihak Berkuasa Keselamatan dan Penerbangan Awam Australia menyatakan sistem navigasi dan paparan peta pesawat berkenaan gagal berfungsi.


Susulan situasi itu, penumpang dilaporkan tidak sihat dan mengalami muntah-muntah setibanya pesawat di Melbourne.

Para penumpang tidak dibenarkan meninggalkan pesawat berkenaan semasa pemerikaan teknikal dijalankan.

Pesawat AirAsia X itu berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 5.15 petang (2.15 petang waktu Malaysia). setelah tertunda selama tiga jam. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Pesawat AirAsia X Mendarat Cemas Di Melbourne"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info