PERLU BACA! Apa Hukumnya Isteri keluar Rumah Tanpa Izin Suami?










Artikel ini di tujukan khas untuk isteri-isteri di luar sana berkenaan isu hukum isteri keluar rumah tanpa izin si suami, semoga ianya menjadi panduan buat isteri di luar sana.

Adapun tentang hukum keluar rumah tanpa izin suami ia tetap haram dan berdosa dan mereka yang berbuat demikian dianggap derhaka (nusus) dan apabila berlaku nusus tersebut maka ia boleh menggugurkan nafkah daripada pihak suami. 

Ia dibenarkan keluar kerana tujuan tertentu seperti untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran dan sebarang ancaman yang lain. 

Demikian juga dibenarkan isteri keluar rumah untuk mempelajari ilmu yang wajib (fardu ain) dalam agama sedangkan di rumahnya tidak disediakan kelas tersebut sama ada oleh suaminya sendiri atau dengan memanggil orang lain ke rumahnya yang merupakan tugas dan tanggungjawab suami terhadap isterinya sendiri.

Adapun tujuan yang tidak perlu seperti keluar menziarah kawan atau ke pasar atau bersiar-siar ia adalah dilarang keras oleh agama. Begitu juga membawa orang lain ke dalam rumah tanpa kebenarannya (suami). Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini tanpa disedari.

Perbuatan kurang sopan ini dilarang keras oleh agama kita yang maha suci, tetapi dipandang remeh oleh orang kita yang mana ia banyak menyebabkan keruntuhan rumah tangga dalam masyarakat hari ini dan ini patut menjadi renungan kita semua.

Penderhakaan dan kufur nikmat ini banyak sangat berlaku dalam masyarakat kita. Sebab itu apabila baginda dibawa melawat ke neraka pada malam mikraj, baginda melihat ramai kaum wanita di dalam neraka sehingga mereka (wanita) bertanya Rasulullah, kenapa ramai kaum wanita berada di dalam neraka?

Jawab baginda: “Kerana mereka mengingkari pergaulan dan jasa suaminya serta tidak bersyukur.” Dan apabila baginda ditanya bagaimana sebenarnya kufur nikmat itu? Sabda baginda: 

Seseorang kamu sudah lama membujang, akhirnya dikurniakan suami dan lama hidup bersamanya dan serta memperoleh cahaya mata dengannya. Tetapi bila berlaku sebarang ketegangan dalam rumah tangga terus sahaja isteri tadi bersumpah serta mengungkit mengatakan suami tidak pernah melakukan sebarang kebaikan dan berjasa terhadapnya.

Sikap seperti itulah kata Rasulullah kufur nikmat yang diulanginya sampai tiga kali. Demikian juga kaum lelaki yang sudah lama hidup bersama isterinya dan mempunyai ramai anak dengan isteri tersebut, tetapi bila sekali sekala isteri melakukan kesilapan, maka terus ditempeleng atau diterajangnya. 

Maka sikap mudah hilang pertimbangan seperti inilah yang menyebabkan ramai manusia masuk ke neraka di akhirat nanti tanpa mengira lelaki atau perempuan.

Dalam hal ini sesiapa saja yang mudah hilang sabar dan pertimbangan maka dia akan dimasukkan ke neraka. Kaum wanita tidak perlu bimbang sekiranya mereka tidak terlibat dengan sikap negatif tadi, kerana bukan kerana jenis kejadiannya (lelaki atau perempuan) seseorang itu dimasukkan ke neraka, tetapi kerana sikap buruk tadi, iaitu mudah meradang dan hilang kesabaran.

Tetapi kaum lelaki selalu membawa cerita ini untuk menggambarkan kaum wanita itu jahat dan ramai dalam neraka. Sedangkan mereka tidak sedar sebab dan puncanya seseorang itu ke neraka ialah bukan kerana lelaki atau wanita tetapi disebabkan tabiat buruk tadi.

Dalam sesuatu keadaan, kita harus menggunakan akal kewarasan sewajarnya, agar tidak mudah terkeluar dari batasan manusia.

Malah darjatnya sudah jatuh ke peringkat haiwan, inilah maksud firman Allah s.w.t. : Demi sesungguhnya kami jadikan manusia itu dalam bentuk kejadian yang terbaik tetapi kemudian akan Kami tolak turun manusia ke peringkat yang paling rendah sampai jatuh ke peringkat haiwan, melainkan orang beriman dan beramal saleh untuk mereka pahala yang melimpah-ruah tapa putus-putus. (surah Attin: 4-6).

Sebagai isteri kita seharusnya memberitahu suami apabila kita keluar rumah, walaupun ianya nampak enteng tetapi kesan yang besar kepada si isteri tersebut.

sumber : http://www.dakwah.com.my/
0 Komentar untuk "PERLU BACA! Apa Hukumnya Isteri keluar Rumah Tanpa Izin Suami?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info