Tahukah anda bahawa coklat mentega kacang terkenal jenama Nutella ini merupakan antara makanan paling laris dijual didunia.
Satu fakta yang menarik mengenai produk berasaskan coklat ini yang anda tidak tahu adalah dalam masa 2.5 saat, satu botol akan terjual di merata tempat di seluruh dunia
Memang lariskan. Padanlah di Malaysia pun begitu ramai penggemarnya walaupun harga satu botol kecil sudah emncecah puluhan ringgit tapi kerana kenakannya menyebabkan ia menjadi kegilaan ramai terutama bagi kanak-kanak.
Kerana jualannya 2.5 saat terjual syarikat yang mengeluarkan produk tersebut telah menjual lebih 360 tan Nutella sepanjang tahun 2014 sahaja.
Nutella dijual dilebih 160 negara termasuk Malaysia dan percaya atau tidak, laman sosial Nutella Facebook mempunyai pengikut seramai 30 juta orang setakat berita ini ditulis.
Mentega coklat kacang sedap ini telah dicipta oleh pembuat patri dari Italy, Michele Ferrero selepas perang dunia kedua. Asal kandungan Nutella adalah coklat yang akhirnya ditukar kepada kacang hazel apabila bekalan coklat sukar diperoleh sehinggalah hari ini.
Selain Nutella, Ferrero turut menghasilkan produk berasaskan coklat lain seperti Ferrero Rocher, Tic-Tac’s dan juga Kinder Egss. - Siakapkeli.com.my
0 Komentar untuk "Nutella Terjual Setiap 2.5 Saat Seluruh Dunia"