Kuala Lumpur : Semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih mengamalkan cara hidup sihat. Lebih mudah untuk mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya anda tahu mengamalkan cara hidup yang sihat. Anda akan kelihatan hebat, rasa sihat dan lebih bertenaga untuk menikmati kehidupan.
Jadual Sebagai seorang Perdana Menteri yang pastinya setiap hari sentiasa penuh dengan undangan dan program-program yang diaturkan unutk memenuhi hasrat rakyat untuk memastikan Malaysia ditadbir dengan baik dan ekonomi Malaysia sentiasa berkembang. Itu belum lagi jadual-jadual serta undangan-undangan lawatan yang diatur di dalam dan luar negara untuk mewakili negara
Menyedari perkara berkenaan, Perdana Menteri pagi tadi berkesempatan meluangkan masa untuk bersenam di lake garden yang terletak di tengah-tengah bandaraya. Taman rekreasi yang popular di kalangan warga kota untuk beriadah itu menjadi pilihannya dan lebih unik pagi tadi ianya tanpa protokol dan jemputan Media seperti program-program rasminya.
Beliau juga sempat menikmati sarapan di gerai yang popular iaitu di Gerai nasi Lemak Jalan Tangling selepas beriadah bersama-sama warga kota yang lain.
0 Komentar untuk "Najib Beriadah Di Tasik Perdana Dan Jamah Nasi Lemak Tanglin"