MIC Membuat Pendirian Tetap Tolak Hudud di Kelantan | MIC hari ini membuat pendirian untuk tidak menyokong usul Pas membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel berkata. rang undang-undang hudud itu disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya parti itu sealiran dengan parti komponen BN lain iaitu MCA dan Gerakan yang tegas menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
“Kita menentang, tidak boleh sokong (hukum hudud). Saya akan keluarkan kenyataan tentang hukum hudud ini selepas persidangan Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama pemimpin dan anggota MIC Pulau Pinang di sini.
Turut hadir Pengerusi MIC Pulau Pinang, M. Karuppanan.
Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu selepas Dewan Rakyat selesai bersidang pada 9 April ini lapor Bernama.
0 Komentar untuk "MIC Tetap Tolak Hudud di Kelantan"