Lelaki Penyelamat Haiwan Penyelamat Haiwan Meninggal Dunia


Pak Mie Penyelamat Haiwan Meninggal Dunia



Pak Mie Penyelamat Haiwan Meninggal Dunia | PETALING JAYA – Penyelamat haiwan bebas, Muhammad Azmi Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Mie, meninggal dunia selepas diserang strok.



Pak Mie yang berusia 57 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 malam Ahad di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang.



Beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid al-Bukhary di Alor Star pada Isnin.



Pak Mie pada mulanya dibawa ke Hospital Tentera Sultan Mizan di Wangsa Maju sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang selepas diserang strok pada pagi Khamis.



Isterinya, Halijah Idris, 68, yang lebih dikenali sebagai Mak Intan, berkata doktor di Hospital Ampang memberitahu keluarga bahawa keadaan Pak Mie adalah kritikal.



Menurut posting di halaman Facebook Pak Mie pada Sabtu, beliau telah menjalani pembedahan tetapi mempunyai ‘harapan yang tipis’ untuk berjaya.



Kemas kini pada Ahad ditulis: “Kata doktor ubat mengepam jantung dah berhenti..hanya kuasa Tuhan dapat menyelamatkan nyawa pakmie.”



Pak Mie dan Mak Intan telah menjaga anjing dan kucing terbiar sejak 1990 dengan menyediakan tempat tinggal kepada 700 ekor anjing dan 200 ekor kucing di Alor Setar.



Mak Intan memberi jaminan perlindungan akan terus diberikan walaupun setelah ketiadaan Pak Mie.



“Walau apa sahaja yang berlaku kepada Pak Mie, saya akan terus memberi perlindungan, bersama anak saya yang berusia 29 tahun Alif Pandi dan dua pekerja sukarela,” katanya kepada The Star pada Sabtu.



“Dia sangat prihatin terhadap haiwan-haiwan ini, yang terbiar atau ditinggalkan, dan kami akan terus menjaganya,” tambahnya.



Cerita pasangan itu berjaya dikesan apabila video mengenai aktiviti sukarela mereka menjadi viral lapor mStar Online.
0 Komentar untuk "Lelaki Penyelamat Haiwan Penyelamat Haiwan Meninggal Dunia"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info