KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menggesa barisan kabinet termasuk Perdana Menteri agar mengiystiharkan harta bagi membuktikan pentadbiran yang ada sekrang bersih.
Ku Li berkata melakukan pengiystiharan harta adalah penting dilakukan secara berskala dan disimpan oleh bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen.
"Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi ahli Kabinet dan Ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka dari sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang,” katanya.
Berkata demikian ketika mengulung perbahasan usul yang menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen.
"Najib sendiri perlu memastikan bahawa beliau tidak berada dalam situasi konflik kepentingan dalam pentadbirannya."
"Perdana menteri dan menteri kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan. Barang diingat bahawa pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius.
"Jadi satu perkara yang ada hubungkait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti,” katanya. - Siakapkeli.com.my
0 Komentar untuk "Ku Li Gesa Perdana Menteri Dan Ahli Kabinet Isytihar Harta"