China: Kerana pernah memakan katak hidup ketika kecil, seorang wanita akhirnya terpaksa menanggung padah apabila parasit sepanjang 8cm dikenalpasti bersarang di otaknya.
Parasit tersebut dikesan menjangkiti wanita itu, Yin Meng, 29, selepas dia makan katak ketika berusia lima tahun.
Keadaan ini hanya dirasakan sejak 6 tahun kebelakangan ini selepas menahan sakit tidak terhingga dan kemuncaknya Yin Meng jatuh pengsan di pejabatnya.
Beliau terus dikejarkan ke hospital dan doktor berjaya mengesan seseuatu dalam otaknya, namun mereka tidak mengetahui apa benda itu dan bagaimana mahu membuangnya.
Dia kemudiannya dibenarkan keluar hospital dan diberikan ubat. Namun selepas Yin Meng pengsan sekali lagi, barulah doktor terpaksa membuat keputusan dengan membedah kepalanya.
Hasil pembedahan yang dilakukan doktor terkejut apabila menamuai parasit jenis Sparaganosis dalam otaknya.
Selepas sedar dari pembedahan dan dimaklumkan mengenai parasit itu, barulah Yin Meng mengingati saat-saat di mana dia dan neneknya makan katak hidup-hidup.
“Ketika usia lima tahun, saya selalu menangkap katak dan makannya dengan nenek saya.
“Saya boleh ingat ketika katak itu melompat-lompat di kerongkong saya selepas ia ditelan,’’ katanya. - Siakapkeli.com.my
0 Komentar untuk "Kerana Makan Katak Hidup-Hidup, Otak Wanita Ini Jadi Sarang Parasit"