Berita baik kepada anda yang menggunakan sistem operasi Windows bukan original.


Microsoft tidak akan mengenakan sebarang syarat buat pengguna sistem operasi cetak rompak yang ingin menaik taraf kepada Windows 10.


Pengguna Windows 8.1 dan 7 masih boleh melakukan kemas kini secara percuma apabila Windows 10 dijangka memasuki pasaran musim panas akan datang.


kaka


Apakah logik di sebalik tindakan Microsoft ini? Pertama sekali ia mengurangkan fragmentasi di kalangan pengguna.


Strategi ini sama seperti strategi sistem operasi peranti pintar yang memberikan kemas kini terbaru tanpa sebarang bayaran.


Dengan penggunaan satu sistem operasi secara menyeluruh, ia dapat menjimatkan kerja yang perlu dilakukan oleh Microsoft untuk memperbaiki kerentanan pada sistem operasi pelbagai versi.


Perkara ini juga dapat memastikan pengguna di sektor korporat untuk dapat mengemaskini kesemua komputer Windows mereka kepada versi lebih selamat tanpa perlu memikirkan kos.


Namun, natijah kepada pengguna windows cetak rompak ini, Microsoft mengatakan walaupun pengguna versi cetak-rompak boleh dinaik taraf sistem operasi Windows 10 secara percuma, ia tidak akan mengubah status sistem operasi mereka kepada “sah”.


Perkara ini sekaligus akan membuatkan kekangan dilakukan, sebagai contoh menjadikan skrin menjadi gelap setiap sejam, dan mungkin tidak akan menerima kemaskini sekuriti semasa.


Sumber: Gizmodo