Hanis Zalikha Kongsi Rahsia Penghijrahan


Punca Sebenar Hanis Zalikha Bertudung



Bertudung Sebelum Kahwin, Hanis Zalikha Gembirakan Ibu Bapa | PENGHIJRAHAN Hanis Zalikha dengan mengenakaan hijab disambut baik pelbagai pihak termasuk para peminat hiburan yang tidak henti-henti memberi ucapan tahniah dan sokongan kepadanya.



Buat julung kalinya Hanis berkongsikan penampilan terbaharu dirinya di laman Instagram pada Isnin, selepas didedahkan buat kali pertama oleh Hairul Azreen.



Gambar Hanis yang mengenakan jubah dan tudung serba hitam ini menerima lebih 45,000 likes sebaik sahaja ianya dimuat naik.







Menerusi Harian Metro, Hanis akui dia sebenarnya sudah lama mempertimbangkan hasrat untuk berhijab namun tidak mahu bercerita mengenai perkara berkenaan hinggalah bersedia sepenuhnya, malah ibu bapanya turut menggalakkan dirinya berhijab.



“Sebelum saya jadi isteri orang tahun ini, biarlah saya gembirakan ibu bapa dulu dengan menutup aurat. Sebenarnya tak berapa seronok nak cakap banyak mengenai penghijrahan ini sebab saya buat atas tuntutan agama.



“Saya tak nak ulas banyak sangat cuma apa yang boleh saya katakan, ini adalah doa dan galakan ibu bapa saya. Mereka selalu suarakan hasrat untuk melihat saya bertudung.



“Saya rasa ia adalah masa yang tepat selepas semua komitmen seni saya selesai, jadi saya nak mulakan yang baru.



“Saya masih diri saya seperti dulu. Cuma sekarang mulai bertudung untuk menyempurnakan aurat.



“Lain-lain aspek itu saya akan belajar sedikit demi sedikit,” jelasnya.



Marilah kita sama-sama doakan semoga Hanis Zalikha istiqamah dengan penghijrahan ini.
0 Komentar untuk "Hanis Zalikha Kongsi Rahsia Penghijrahan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info