DISEBABKAN obses dengan jenama minuman ringan Coca Cola, seorang wanita dari Ireland sanggup berbelanja berpuluh-puluh ribu dolar untuk menghias kediamannya dengan pelbagai koleksi jenama tersebut yang dikumpulkannya sejak berpuluh tahun lalu.


Lillian Glanmire turut melatari hiasan dalaman rumahnya dengan warna merah dan putih yang sinonim dengan logo minuman bikarbonat terbabit.


Kebanyakan item unik yang terdapat dalam rumahnya itu diperoleh ketika melancong ke luar negara sejak 30 tahun lalu di mana di setiap negara yang dikunjungi, pasti Lillian tidak ketinggalan mencari barang-barang unik dan rare berkaitan Coca Cola.


Walaupun mengetahui Coca Cola tidak baik diambil kerap untuk kesihatan kerana kandungan gula yang tinggi namun Lillian lebih menyukainya berbanding jenama pesaing iaitu Pepsi yang disifatkannya lebih manis.


Coca Cola, antara jenama yang sememangnya menjadi kegemaran kolektor seluruh dunia termasuk Malaysia namun Lilian boleh dikatakan agak obses dengan hobinya ini.


coke1


coke2


coke4coke3


 - MYNEWSHUB.CC