Suasana tersebut menyebabkan kawasan sekitar sungai dicemari bau busuk berikutan bangkai ikan yang sedang mereput tidak dapat hanyut ke laut kerana terhalang oleh pintu air yang ditutup.
Ribuan ikan duri mati dan terapung. |
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seri Ampangan, Ahmad Furanji Shariff berkata, penduduk di kawasan berkenaan hairan kerana hanya spesies ikan duri sahaja yang mati. “Kami tidak pasti mengapa hanya ikan duri sahaja yang mati tapi nelayan di sini kata mungkin ia disebabkan pencemaran air dari anak sungai yang mengalir masuk ke Sungai Kerian.
“Penduduk di kawasan berhampiran perairan Sungai Kerian terpaksa menghidu bau busuk dan kami berharap pihak berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perikanan mengambil tindakan segera,” katanya di sini semalam lapor Kosmo.
0 Komentar untuk "Gambar Ribuan Ikan Duri Mati Terapung"