UMUM mengetahui tempat letak kenderaan khas yang disediakan adalah untuk memudahkan pengguna orang kurang upaya (OKU).


Namun, kesedaran terhadap kemudahan ini nampaknya masih kurang memuaskan berdasarkan wujudnya penyalahgunaan dalam kalangan masyarakat.


Iyalah, bukan sekali dua kita mendengar isu pengguna normal meletakkan kenderaan mereka di parking yang dikhaskan ini.


Sebut pasal ‘pengguna normal’ ni, apa pendapat anda apabila menyaksikan gambar yang kami kongsikan ini?


oku.jpg1


Amat terang lagi bersuluh kesalahan motorsikal yang dipakir oleh pegawai pengguatkuasa Majlis Perbandaran Jasin ini telah menyalahi undang-undang.


Menurut maklumat pengirim, gambar ‘penguatkuasa OKU’ tersebut dikatakan berada di Medan Selera Bukit Kepok, Merlimau, berhampiran dengan UITM Jasin.


Hmm…gara-gara gambar ini, ramai turut mempersoalkan kewibawaan anggota penguatkuasa majlis perbandaran yang dikatakan begitu cepat mengeluarkan saman jika perkara sama dilakukan pengguna kenderaan lain.


Mungkin pegawai penguatkuasa ini merupakan ahli OKU juga, manalah tahu kan.