Fungsi WhatsApp Yang Wajib Anda Tukar Sekarang


Cara Setting WhatsApp



5 Fungsi Tersembunyi WhatsApp Yang Mesti Anda Tukar Sekarang | Jika anda salah seorang daripada 700 juta pengguna WhatsApp, kami cadangkan anda menukar beberapa fungsi yang kami nyatakan di bawah dengan serta merta untuk menghindarkan diri daripada masalah di masa hadapan.



Incoming Media



Salah satu fungsi default yang paling menjengkelkan semua pengguna WhatsApp dimana setiap gambar dan video akan disimpan secara automatik ke dalam photo album ataupun Camera Roll. Mungkin sesetengah anda suka menyimpan gambar, tapi bagaimana jika anda masuk kedalam group WhatsApp yang ‘gila’ selfie? mahukah anda menyimpan 1000 gambar selfie rakan anda.



Fungsi ini boleh dimatikan melalui “setting menu”, seterusnya tekan “Chat Settings” dan tetapkan pilihan “Save Incoming Media” kepada Off



Cara Setting WhatsApp



Message Previews



Fungsi ini akan menjadikan pesanan mesej yang anda terima sebagai push notification. Pasti malu jika rakan anda membaca pesanan manja anda. Untuk mematikan fungsi ini, pergi ke “Settings,” pilih “Notifications” dan tetapkan “Show Preview” kepada off. Sekarang anda hanya akan mendapat notifikasi yang mengatakan, “Message from razak” dan bukannya pesanan mesej sebenar.



Cara Setting WhatsApp



Share Your Location



Hanya menggunakan WhatsApp, anda boleh kongsikan kedudukan terkini kepada sesiapa sahaja dengan semudah menekan paparan skrin. Tetapi untuk mengunakan fungsi ini, pertama-sekali anda perlu memberi kebenaran kepada WhatsApp mengakses data lokasi anda.



Masuk ke mana-mana chat dan tekan ikon anak panah di sebelah kiri kotak teks. Pilih “Share Location” dan tekan “Allow” apabila notifikasi seperti gambar di bawah terpapar.



Cara Setting WhatsApp



last Seen



Ini juga salah satu fungsi default yang tidak best. Untuk matikan fungsi ini, pergi “Settings” tekan “Account” > “Privacy” > “Last Seen.” di sini anda boleh ubah untuk menghalang beberapa orang daripada melihat “Last Seen” ataupun kesemuanya contact. Perlu diingatkan, anda tidak akan dapat melihat “Last Seen” orang lain jika mematikan fungsi ini.



Cara Setting WhatsApp



Automatic Backup



Facebook boleh back up semua pesanan mesej anda secara automatik. Pergi “Settings” > “Chat Settings” > “Chat Backup.” dari situ anda boleh memilih “Auto Backup” di akaun iCloud secara harian, mingguan ataupun bulanan.



Cara Setting WhatsApp
0 Komentar untuk "Fungsi WhatsApp Yang Wajib Anda Tukar Sekarang"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info