TAK semua orang begitu terbuka dalam berkongsi segala perkara begitu juga bagi golongan selebriti.


Walaupun kehidupan peribadi mereka dikatakan adalah hak milik masyarakat, namun tak semua artis bersetuju dengan tanggapan sebegitu.


Ada yang mereka boleh kongsikan dan ada juga yang mereka tak mahu kongsikan.


Macam juga Erin Malek ni, dia mengatakan tidak kisah berkongsi perkhabaran kehamilannya dengan orang luar dan peminatnya tetapi menyatakan sedikit kekesalannya dengan penyebaran gambar imbasan anaknya yang hanya dikongsikan kepada orang terdekatnya sahaja sebelum ini.


erin1

Foto imbasan baby Erin Malek yang dipercayai disebarkan oleh orang yang rapat dengan aktres itu.


“Saya tidak berkongsi khabar kehamilan tetapi penyebaran gambar tesebut membuatkan saya agak sedih.


“Lagipun saya masih di peringkat awal kehamilan, jadi saya belum bersedia utnuk memberitahu atau mendedahkan mengenai kehamilan kembar ini,” katanya memetik Sinar Harian.


Sementelah usianya yang baharu sahaja mencecah 21 tahun, Erin menyatakan dia sudah bersedia untuk bergelar seorang ibu muda kerana sebelum ini gemar melayan anak buahnya.


“Rasanya memang tidak kekok sebab saya rapat dengan anak buah yang masih kecil,” katanya.


Erin dan suaminya, Farriz Fauzy, seorang ahli perniagaan berkahwin pada Oktober tahun lalu selepas sembilan bulan berkenalan.


Tahniah diucapkan buat Erin dan suami, semoga kehadiran cahaya mata sulung ini dapat menyemarakkan lagi kehidupan berumah tangga pasangan ini. Tahniah!