Cerita Isteri Curang Di Facebook
Salam,
Baru-baru ini saya ada terjumpa balik bekas teman lelaki, (ex-boyfriend), yang pertama. Kiranya ini ialah cinta pertama (first love). Bukan berjumpa berhadapan, hanya di Facebook. Saya baru dapat tahu yang dia sudah berkahwin dan baru punyai seorang anak. Isteri ex-boyfriend saya adalah kawan dalam senarai friendlist Facebook saya. Masalahnya sekarang, saya asyik teringat kisah lama antara saya dan ex-boyfriend saya dulu. Cinta zaman sekolah antara kami berdua tak kesampaian. Saya dah cuba banyak kali utk melupakan dia, namun sampai sekarang masih gagal.
Untuk pengetahuan, isteri ex-boyfriend saya mengetahui apa yang telah berlaku antara saya dan suaminya. Mahu dijadikan cerita, pada satu hari, isteri ex-boyfriend saya telah menelefon saya dan kami bersembang penuh mesra. Dia ada mengajak saya ke rumahnya. Katanya, dia ingin mengenali saya dengan lebih dekat, tapi saya rasa saya tak sanggup nak bertentang mata dengan ex-boyfriend saya. Nyata sekali, saya rasa tidak boleh berbuat demikian.
Cemburu Dia Mesra Dengan Isteri
Dulu sebelum saya jumpa ex-boyfriend saya dalam Facebook, saya tidak pernah langsung teringatkan dia. Namun sekarang, lain pula jadinya. Untuk pengetahuan, saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya sayangkan suami, anak dan rumahtangga saya. Dan saya tidak mahu menghancurkan rumahtangga ex-boyfriend saya walaupun antara kami dulu pernah bersama. Namun, kadang-kadang hati saya berasa cemburu melihat kemesraan antara ex-boyfriend saya dengan isteri dia. Sehinggakan saya pernah terfikir kenapa antara kami harus berpisah dulu?
Seandainya kami tetap bertahan mempertahankan hubungan cinta kami dulu, sudah tentu cinta kami akan kesampaian ke jinjang pelamin. Benarkah kata orang bahawa cinta pertam tidak boleh dilupakan walaupun hingga ke akhir hayat? Saya harap pembaca dapat membantu saya menyelesaikan masalah saya ini.
Terima kasih.
0 Komentar untuk "Cerita Isteri Curang Di Facebook, Ingin Jumpa Kekasih Lama!"