KEMASKINI : Sehari selepas dibentangkan,Dewan Undangan Negeri Kelantan tengahari Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015). Ia diluluskan dengan undian sebulat suara oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS serta seorang PKR dan 12 BN.


Keputusan ini membuka laluan bagi Kerajaan Negeri Kelantan membawa usul persendirian mengenai Hudud pada sidang Dewan Rakyat.


Rang undang-undang berkenaan diluluskan sekitar jam 12 tengahari selepas ia dibahaskan.


- agendadaily


LAPORAN LANJUT AKAN MENYUSUL..