BUAT julung kalinya Azlan (Typewriter) dan Dayang Nurfaizah bakal berkongsi satu pentas dan berkolobrasi bagi menjayakan minggu setiausaha yang bertempat di Ballroom Berjaya Times Square Hotel bulan hadapan.
Acara ‘Memorable Moment With Azlan & Dayang’ yang diatur pada pukul 12.00 tengahari pada 8 April ini bakal menyaksikan paduan vokal suara dua penyanyi yang cukup sinonim dengan kemantapan vokal tinggi dalam dunia hiburan.
Apa yang unik, majlis bertema ‘Romantik Rock’ yang khusus bagi menghargai para setiausaha ini bakal mempersembahkan kelainan luar biasa apabila Azlan dipilih mendendangkan lagu romantis manakala Dayang menyanyikan lagu rock.
Sementara itu, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI bakal menemani penonton selaku pengacara dalam acara ‘Memorable Moment With Azlan & Dayang’ ini.
Lebih hebat, kumpulan pelawak terkenal, Bocey bakal hadir bagi menghiburkan semua penonton yang hadir dengan idea dan gelagat lucu yang sering kali berjaya membuatkan para penonton tidak kering gusi.
Sementara itu, Azlan bagi pihak penganjur Darkliquids Music Production Sdn. Bhd berkata, dia akan mencuba yang terbaik bagi menjayakan acara minggu setiausaha ini.
“Saya akan cuba yang terbaik, dengan muzik terbaik agar semua penonton berasa puas hati pada acara tersebut,” kata Azlan.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket Memorable Moment With Azlan & Dayang’ boleh menghubungi talian 0342572727 / 7772 dengan harga RM6,000 , RM8,000 dan RM10,000 bagi satu meja.
Sekadar infomasi, majlis yang dianjur Darkliquids Music Production Sdn. Bhd ini merupakan sebuah syarikat rakaman milik Dato Mahadhir Mahideen bersama Azlan (Typewriter). – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH
Foto/Video: RIZA RAZAK
0 Komentar untuk "Azlan (Typewriter) Dan Dayang Nurfaizah Bersatu Rai Setiausaha"