Apakah Perasaan Anda Setelah Melihat Contengan Seperti Ini Pada Kereta Kesayangan

Menerusi inbox Siakapkeli dikongsikan sekeping gambar yang mana memaparkan sebuah kereta diconteng dengan kata-kata yang sangat sweet oleh anak-anak.

Apa yang tertulis pada kereta tersebut adalah 'Qaisara and Rania Sayang abah' diikuti dengan emotikon berbentuk 'love' dibawahnya.

Setelah kami kongsikan kepada umum di page kami maka bertimbunglah komen-komen yang menjelaskan perasaan di bapa sekiranya perkara tersebut terjadi kepada mereka.

Sudah tentu ada rasa geram, apa tidaknya pintu kereta kesayangan diconteng. Namun bagi SK, kata-kata pada contengan itu mampu membuatkan di bapa menangis bukan kerana marah tetapi terharu.

Bagaimanapun diharap dapat menasihati dengan baik kepada anak-anak agar perkara ini tidak diulangi dan agar mereka lebih faham.

Tetapi tidak salah sekiranya contengan ini tidak dipadam dan dibiarkan sahaja biarpun menjadi tatapan umum kerana ia mengukir kata-kata yang mengharukan sesiapa sahaja yang membacanya.

Setelah pihak kami viralkan gambar ini datanglah pemilik sebenar kenderaan menyatakan kejadian ini adalah setahun yang lepas. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Apakah Perasaan Anda Setelah Melihat Contengan Seperti Ini Pada Kereta Kesayangan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info