PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula pada Isnin depan.
Menerusi surat kepada Pejabat Speaker Dewan Rakyat, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat turut mengesahkan kehadirannya pada hari pertama pembukaan sidang Parlimen itu.
Ketua Whip Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, surat jawapan balas kehadiran Anwar sudah diuruskan oleh pejabat ketua pembangkang itu.
“Abdul Malek Hussin selaku penyelaras pejabat ketua pembangkang sudah menjawab surat kehadiran Datuk Seri Anwar. Jadi beliau akan hadir pada sidang Isnin depan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin. – mStar Online
0 Komentar untuk "Anwar Ibrahim Akan Hadir Sidang Parlimen"