KUALA LUMPUR: Isu 'cubit puting' dalam ceramah Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilihat tidak perlu diperbesarkan kerana ia mungkin cerita peribadi di antara Shafee dengan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan sendiri.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, penambahan cerita puting walaupun ia fakta oleh Shafee tidak dapat mengubah sebarang keputusan mahkamah terhadap Anwar.
"Ia terlampau remeh, jangan jadikan ia isu kerana bukti hakim yang utama adalah air mani Anwar yang ada di dalam dubur Saiful. Ia sudah dibuktikan dan tiada siapa boleh nafikan fakta kes berkenaan.
"Apa sahaja pertikaian dalam cerita Shafee dalam ceramahnya mungkin slotnya bersama Saiful yang dicerita kembali, ia tidak semestinya mengikut transkrip mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tajuddin mengulas laporan portal Malaysiakini yang menyifatkan Shafee 'menyedapkan lagi keterangan secara tertutup yang diberikan oleh Saiful dalam kes liwat Anwar dengan aksi cubit puting.
Portal itu turut mendakwa, mereka telah menyemak transkrip mahkamah bagi prosiding secara tertutup itu dan mendapati tidak ada insiden mencubit itu disebut.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar menafikan sesi penerangan oleh Shafee akan dibuat secara besar-besaran dan di seluruh negara.
Tegas Jamawi, ia juga bukan 'roadshow' seperti didakwa sesetengah pihak selain menafikan publisiti selepas ini akan dibuat secara besar-besaran.
Dalam pada itu kata Tajuddin, kemungkinan masih banyak lagi penceritaan Shafee dan Saiful yang tidak diceritakan demi menjaga nama baik Anwar sendiri.
"Apa paling penting mesej yang ingin disampaikan. Mungkin Saiful ada cerita perkara lain secara peribadi kepada Shafee dan tidak diberitahu.
"Mungkin Saiful ada cerita aksi lain yang lebih menggelikan tetapi Shafee tidak beritahu kerana kasihan kepada Anwar, " ujarnya.
Sebelum ini Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin terdesak apabila menggunakan khidmat Shafee Abdullah untuk mendapatkan kepercayaan rakyat di dalam siri jelajah isu itu ke seluruh negara.
Tegas Nik Nazmi, kesediaan Shafee untuk bersama program tersebut bukan sahaja merupakan satu tindakan yang tidak wajar, malah merendahkan martabat sistem kehakiman dan Jabatan Peguam Negara. - Astro Awani
0 Komentar untuk "Air mani masuk dubur fakta, cubit puting hanya penyedap cerita - Tajuddin"