BEIRUT – Serangan udara oleh pakatan yang diketuai Amerika Syarikat terhadap loji penapisan minyak yang dikendalikan kumpulan militan IS berhampiran sempadan Turki semalam membunuh 30 orang, menurut Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.
Rami Abdulrahman yang mengendalikan badan itu berkata, mereka yang terbunuh termasuk pekerja loji penapisan minyak dan anggota IS.
Loji yang disasarkan itu terletak di timur laut bandar Tel Abyad berhampiran sempadan Turki. – Reuters
0 Komentar untuk "30 Maut Dalam Serangan Udara Ke Atas Loji Minyak IS"