Tidur memang menyenangkan namun tahukah anda bahawa ketika anda sedang melelapkan mata sambil bermimpi indah, sistem tubuh badan anda melakukan perkara menarik. Tapi usah risau kerana ianya normal.
1. Suhu Tubuh Badan Turun
Menurun pakar tidur dan psikologis klinikal di Scottsdale yang juga penulis untuk buku "The Sleep Doctor's Diet Plan: Lose Weight Through Better Sleep" iaitu Michael Breus, suhu tubuh badan akan berkurangan sebaik saja anda tidur. Penurunan suhu memberi isyarat kepada otak untuk mengeluarkan melatonin yang boleh menjejaskan kitaran tidur. Suhu paling rendah sekitar 2:30 pagi.
2. Kurang Berat Badan
Cara terbaik untuk menimbang berat badan anda adalah ketika waktu pagi dan bukannya waktu petang. Anda kehilangan air melalui berpeluh dan bernafas keluar udara lembap pada waktu malam. Ia juga boleh berlaku pada waktu siang tetapi saat anda makan dan minum semasa berjaga tidak membantu untuk kurang berat badan. Jika anda hanya tidur empat atau lima jam setiap malam, anda sudah tidak memerlukan diet dan juga senaman. Untuk mengecilkan pinggang, sekurang-kurangnya anda memerlukan waktu tidur selama tujuh jam.
3. Ketinggian Bertambah
Sebaik saja anda bangun tidur, anda tidaklah berubah menjadi tinggi persis model tetapi saat anda tidur, anda beroleh sedikit ketinggian. Cakera di dalam tulang spina anda sebagai kusyen di antara tulang menghidrat semula dan menjadi lebih besar kerana berat badan anda tidak menekan di atasnya seperti anda berdiri. Jika anda mempunyai tilam yang pejal, tidur mengiring seperti kanak-kanak merupakan kedudukan baik untuk mendapatkan lebih ketinggian kerana ia mengurangkan beban belakang anda.
4. Tekanan Darah, Kadar Jantung Berkurang
Apabila anda berehat, tubuh badan anda tidak perlu bekerja dengan kuat untuk mengepam darah maka sistem tubuh akan perlahan. Tekanan darah perlu berehat waktu malam supaya otot jantung dan sistem peredaran darah mempunyai masa untuk rehat dan perbaiki. Adalah penting buat anda yang mempunyai masalah tekanan darah untuk mendapatkan tidur selama tujuh jam.
5. Otot 'Lumpuh' Sementara
Bunyi seakan ngeri hakikatnya ia membantu mencegah anda melakukan perkara yang bukan-bukan pada lewat malam. Menurut Lisa Shives iaitu seorang pakar ubat internis dan tidur, meskipun keadaan berjalan ketika tidur merupakan situasi yang jarang berlaku namun ia sesuatu yang bahaya. Jadi, 'lumpuh' sementara inilah yang menyelamatkan anda saat tidur!
6. Keinginan Seks Tinggi
Sepertimana lelaki mengalami ereksi saat tidur, wanita juga boleh menjadi terangsang bukan kerana anda bermimpi Brad Pitt tetapi otak lebih aktif saat tidur. Lebih oksigen diperlukan sehingga akhirnya aliran darah mengalir keseluruhan badan terutama kawasan yang membangkitkan keghairahan anda. Mungkin ini punca anda bangun tiba-tiba pada lewat malam!
7. Angin Mudah Keluar
Anda mungkin tidak suka mendengar perihal berkaitan angin, gas atau erti kata kentut! Ketika anda tidur, otot sfinkter dubur anda melonggar sedikit sehingga ia memudahkan anda membuang angin. Berita baiknya apabila deria hidu berkurangan saat tidur. Disebabkan itulah loceng kecemasan kebakaran dicipta kerana anda sukar menghidu ketika sedang tidur.
8. Kekejangan Seluruh Tubuh
Kebanyakan orang pernah mengalami tubuh badan tiba-tiba merasa sentakan dan ia adalah normal. Seramai 70% orang mengalami fenomena ini di mana otot tiba-tiba kontrak (nama teknikal untuk masalah sentakan ini adalah hypnic). Beberapa pakar berpendapat ia mungkin ada berkaitan dengan rasa kebimbangan atau jadual tidur yang tidak teratur.
9. Penghasilan Kolagen Meningkat
Kolagen merupakan protin yang menguatkan saluran darah dan menganjalkan kulit. Ketika anda tidur, hormon pertumbuhan dilepaskan untuk menukarkan sel lemak kepada tenaga malah merangsang pertumbuhan kolagen. Memandangkan kolagen terhasil saat anda tidur, krim pelembap wajah yang mengandungi retinol dan retinoid adalah baik digunakan sebelum masuhk tidur kerana ia meningkatkan penghasilan kolagen yang membantu mengatasi masalah pigment dan melawan kedutan.
Jadi, jangan bertindak menolak untuk tidur kerana khuatir muka menjadi besar mahupun sembab. Semuanya tidak benar kerana tidur yang cukup bukan saja baik untuk kesihatan tetapi juga kecantikan!
0 Komentar untuk "Tidur Buat Wanita Lebih Cantik Dan Sihat?"